berbahasa seindah suria ,
bersuara seusang senja ,
berbicara sesegar subuh ,
bedanya hanya pada gaya .
berbisik kerana suka ,
berdamai kerana tak lupa ,
berbisa kerana cinta ,
berazam kerana masa .
hujan masih renyai ,
rintik masih menitis ,
kelam masih gelap ,
redup masih segar ,
hidup masih menyala .
diam mencari makna ,
diam mencari waktu ,
diam mencari sejarah .
jalan sultan terluka qalbu;
jalan sejarah sangat diganggu!
bersandarkan tiang seri itu ,
arahkan haluan ,
walaupun melukut dalam kabut ,
lantas ,
BERBAHAGIALAH .
bersuara seusang senja ,
berbicara sesegar subuh ,
bedanya hanya pada gaya .
berbisik kerana suka ,
berdamai kerana tak lupa ,
berbisa kerana cinta ,
berazam kerana masa .
hujan masih renyai ,
rintik masih menitis ,
kelam masih gelap ,
redup masih segar ,
hidup masih menyala .
diam mencari makna ,
diam mencari waktu ,
diam mencari sejarah .
jalan sultan terluka qalbu;
jalan sejarah sangat diganggu!
bersandarkan tiang seri itu ,
arahkan haluan ,
walaupun melukut dalam kabut ,
lantas ,
BERBAHAGIALAH .
' terukir di bintang ,
tak akan hilang cintaku padamu '
No comments:
Post a Comment