biarlah bulan bicara sendiri ,
tentang apa?
tentang tragedi di utara ,
pemikiran dan pemahaman ,
berlegar mencari sesuap kebenaran yang asli ,
memupuk ketangkasan yang sasa ,
NAH !
apa yang kau rasa ?
apa yang kau mahu ?
apa pula yang kau cari ?
bagaimana dengan anak - anak kita ?
generasi pelapis yang berpunca ,
bukankah mereka itu pengerat , pewaris dan penyambung ,
yang cukup membahagiakan ?
kitalah pencetus .
percayalah ,
diciptakan lelaki dan wanita itu sangat jauh perbezaannya ,
tetapi fitrahnya sangat dekat ,
untuk itu ,
BERCINTALAH SELALU ,
BERDOALAH SENTIASA ,
semoga ikatan tidak terlerai ,
diganggu iblis yang dilaknat Tuhan .
bukan lagi rahsia ,
dunia menghampiri hujung ,
tapi kita masih mencari akhir ceritanya .
tentang apa?
tentang tragedi di utara ,
pemikiran dan pemahaman ,
berlegar mencari sesuap kebenaran yang asli ,
memupuk ketangkasan yang sasa ,
NAH !
apa yang kau rasa ?
apa yang kau mahu ?
apa pula yang kau cari ?
bagaimana dengan anak - anak kita ?
generasi pelapis yang berpunca ,
bukankah mereka itu pengerat , pewaris dan penyambung ,
yang cukup membahagiakan ?
kitalah pencetus .
percayalah ,
diciptakan lelaki dan wanita itu sangat jauh perbezaannya ,
tetapi fitrahnya sangat dekat ,
untuk itu ,
BERCINTALAH SELALU ,
BERDOALAH SENTIASA ,
semoga ikatan tidak terlerai ,
diganggu iblis yang dilaknat Tuhan .
bukan lagi rahsia ,
dunia menghampiri hujung ,
tapi kita masih mencari akhir ceritanya .
No comments:
Post a Comment