Sunday, October 12, 2014

Permainan Alam

bersatu mengharung arus,
kerana hasrat ingin berjasa.

bersatu menjalankan titah,
kerana taqwa ingin bertarung.

bersatu mendamaikan restu,
kerana malam nanti kita enggan menghambat lelah.

bersatu menghunus akal,
kerana tiada izin membiar urusan terbengkalai.

Ayuh!sama-sama bertindak jujur,
demi harapan yang mampan,
demi agama daripada ulama'.

No comments:

Post a Comment