Sunday, October 12, 2014

Melayu yang Bermimpi

Melayu bukan bangsa sembarang,
Melayu bukan bangsa temberang,
Melayu bukan bangsa bergelandang,
Melayu bukan bangsa untuk disepak,ditendang,diterajang.

tapi Melayu tidak boleh gagal,
dan terus gagal,
Melayu tidak boleh terus jadi pak turut,
Melayu tidak boleh jadi pakar pemerhati,
Melayu tidak boleh lupa pada agama!

kalau Melayu terus bermimpi,
maka hilanglah semangat Tok Janggut.

kalau Melayu terus bermimpi,
maka hilanglah semangat Tok Kenali.

kalau Melayu tidak mahu dikenali sebagai Melayu,
maka siapa pula yang akan mewarisi Melayu?

kalau Melayu tidak mengaku Melayu,
maka terpadamlah Melayu di alam Melayu.

jangan sampai Melayu jadi kaku,
tiada lagi tokoh seperti orang terdahulu.

siapa kata dunia tidak perlukan Melayu?

No comments:

Post a Comment