Monday, December 16, 2013

PERJALANAN YANG SIA-SIA

sesungguhnya,
kehidupan kami telah jauh,
terpesong daripada fitrah,
agamaMu.

kami melakukan segalanya,
tetapi kami tidak sebati,
menyelenggarakan,
agamaMu.

Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
bantulah,
demi,
menangani segala kelemahan.

Monday, December 9, 2013

Mengharap Ahad Lebih Lewat

tiada kata secantik bahasa,
tiada ucapan seindah suara,
tiada lagu semerdu puisiMu,
ya Tuhan,
kami rindu padaMu,
sungguh!itulah cinta kami.

sudilah kiranya,
Kau ampunkan apa adanya kami ini,
sekadar hambaMu,
yang lemah,
biar bercucuran hingga,
banjir airmata kami,
di bumiMu,
ya Tuhan kami,
takkan terhapus,
setiap kelemahan kami,
melainkan dengan,
inayah dan rahmatMu.

ya Tuhan,
yang Maha Kaya.


Friday, November 29, 2013

:: harga seorang wanita ::

lelaki yang mendiami,
lelaki yang menakluki,
lelaki yang memiliki.

kadang-kadang,
jarang merasa sama.

kadang-kadang,
lupa berjenaka bersama.

lebih senang menimpa,
lebih suka bersuara,
tapi diam.

memang sukar,
kerana dia milik Allah,
Dialah yang lebih tahu.

wanita itu terlena,
sendiri,
tiada mengerti,
apa yang harus dikata,
melainkan,
rindu pada sang pencipta,
rindu pada Baginda,
seakan baru kenal,
apa itu sedih.

semuanya sesudah,
semuanya punah.

lelaki,
gagal memenangkan,
kelelakiannya yang berhemat.

Friday, November 22, 2013

> id,EGO,superego <

maruah,
ketaatan,
kekuatan,
pilihan masing-masing.

lalu,
pilihlah dengan kebijakan,
kita diberi fikir dan prinsip.

lalu,
carilah kebenaran,
melalui Dia.

Wednesday, November 20, 2013

kisah pondok kecil

sesekali terkenang pula,
pada rentetan semalam yang kusam,
jerih perih,
titik peluh,
bergelumang serakah,
demi sepuisi kenangan,
untuk dibanggakan.

tapi saat ini,
pondok kecil,
seakan menangis kerana,
tiada berpenghuni,
dan,
sepi selalu.

apakah rahsianya.

Syair Imam Syafie : Merantau demi Ilmu dan Kemuliaan

tiadalah duduk setempat,
bagi orang cerdik dan beradab,
itu dianggap sebagai rehat,
tinggallah tanah air dan mengembaralah.
 

berkelanalah, 
engkau akan dapat pengganti,
orang yang kamu tinggalkan,
berusahalah, 

kerana keindahan hidup itu, 
ada pada berpenat-penatan.

sungguh aku melihat,
air yang tergenang dalam diamnya, 
justeru akan tercemar,
lalu membusuk. 

jika saja air tersebut mengalir, 

tentu ia akan terasa lazat menyegarkan, 
tidak demikian, 
jika ia tidak bergerak mengalir.
 

sekawanan singa, 
andai tidak meninggalkan sarangnya, 
nescaya kebuasannya tidak terasah, 
ia pun akan mati kerana lapar.
 

anak panah, 
andai tidak melesit laju meninggalkan busurnya, 
jangan pernah bermimpi akan mengenai sasaran.
 

sang suria, 
andai terpaku sahaja di ufuk, 
nescaya ia akan dicela oleh segenap bangsa manusia.
 

dan bijih emas yang masih terkubur di batuan, 
hanyalah sebongkah batu tidak berharga, 
yang terbengkalai di tempat asalnya,
dan,

andaikata bijih itu keluar dari tempatnya, 
ia akan menjadi emas yang berharga.
 

demikian jua dengan gaharu di hutan belantara, 
hanya sebatang kayu, 
sama seperti kayu biasa lainnya, 
andai saja gaharu tersebut,
keluar dari hutan belantara, 
ia tinggi nilainya.


AKU SEPASANG KASUT

dalam pencarian yang rakus,
kita jadi alpa dan kecewa.

dalam halwa yang merasa,
kita tewas ketika menang.

berprasangka,
tapi jujur.

TAKKAN MELUPAKANMU

biarkan semuanya berlalu pergi,
begitu sahaja,
kerana setiap bahagia,
yang kau cari,
telah ada bersamamu.

lalu,
ya tuhan,
perintahkanlah segaris luka itu,
agar menjauh,
dan tinggalkan aku!
kerana,
dia tidak akan kembali lagi.

Thursday, November 7, 2013

ANGAN - ANGAN

siang entah di mana,
malam entah ke mana,
siang mencari harta,
malam mengenal pencipta,
hari-hari menempa nama,
tapi,
di dinihari meratap tanpa suara,
puisi mengalir laksana hujan,
airmata setia,
bagaikan permata dingin,
ibarat berada dalam keberadaan.

Monday, November 4, 2013

: tengkolok dan sampin,sepersalinan :

sejarah berpendirian,
semangat pergolakan kepemimpinan,
saling mengatasi dan berwaspada,
enggan berpisah,
enggan berkata apapun,
berjuang kerana mahu,
selagi termampu,
merencana dan bersuara,
tentang keberanian bangsa ulung.

publisiti pesat melata,
apabila manusia berfikir dan berusaha,
urusan yang terhad,
peluang yang mendatang,
akibat yang dipertanggungjawabkan,
nikmat yang dibawa pulang.

semoga selalu mensyukuri,
dan dirahmatiNya,
tabah merentasi cabaran,
gagah dan terus mara,
selagi diberi izin bersebab.


Tuesday, October 29, 2013

BUMI YANG TUA

- bara , mann dan sembilu -

ALLAH ,
satu nama agung,
yang suci lagi dipelihara,
sang pencipta yang Maha Berkuasa.

MUHAMMAD ,
satu nama indah,
yang terpelihara,
lagi terpuji,
dunia dan akhirat,
Kaulah kekasihku.

penawar segala duka,
pengubat setiap hasrat,
penguat setiap kalam,
pencetus setiap peristiwa.

mencorak alam,
mengindah suasana.


Thursday, October 24, 2013

berteraskan cara hidup,
yang menghidupkan cara hidup,
dan amalan sunnah,
dan menjalankan aktiviti,
berlandaskan fakta dan ideologi,
yang difikirkan wajar.

pengaduan ku

kau ilhamkan pesanan itu,
dan sampaikan melalui perutusan.

kau dalilkan ciptaan itu,
lalu kau perincikan lapangannya.

kau ucapkan satu per satu,
ujian itu,
untuk kau tangisi pemergiannya.

kau bentangkan setiap umpan,
dan kau pertaruhkan dalam perlaksanaan.

nyawa masih memberi waktu.

Saturday, October 5, 2013

Tiga purnama sudah ku bertapa,
Pulau Sembilan, Gua Panglima,
Waris pusaka tujuh keturunan,
Penuh kebatinan menanti seruan.

Harimau menjelma berkilau taringnya,
Merah menyala memburu mangsanya,
Harimau menjelma bak pisau taringnya,
Menghidu semangat, ilmu dan darah muda.

Mahaguru turunkanku,
Segala ilmu mistik dan kekebalanmu,
Mahaguru izinkanku,
Untuk beradu kuasa mahaguru.

Lidahku bagaikan terasa-rasa,
Darah merah hangat lawan derhaka,
Jantungnya pula kujadikan sisa,
Apabila yang kumurka binasa,
Jika turutkan hati Izrael kau kan temui,
Tapi bukan itu kupelajari,
Pantang larang mahaguru,
Takkan kuingkar hanya keranamu.

Panji berkibar api membara,
Mentera dilafaz langkah dibuka,
Tegap perkasa berurat waja,
Deria ke-6 pelengkapku di dalam.

Harimau tercabar gemuruhnya musuh,
Pantang dicemuh ku mengamuk merusuh,
Harimau beraksi, berani berdiri,
Adat bertarung kau hidup atau kau mati.

Mahaguru turunkanku,
Segala ilmu mistik dan kekebalanmu,
Mahaguru izinkanku,
Untuk beradu kuasa mahaguru.

Sunyi sepi meditasi visi konsentrasi resapi naluri,
Terbang tinggi di antara sedar dan mimpi,
Mendekati ilmu sakti,
Hakiki angin, air dan api,
Tunjuk turut telunjuk jari,
Arahku tak dapat ku kawal untuk memburu,
Tak perlu bersembunyi jasadmu dapat kuhidu.

Lirik Lagu Mahaguru - KRU - 
kaji sejarah gayong ,
baru tahu ia pusaka ,
kenal masakan tak cinta ,
tahu masakan tak pelihara ,
pusaka adalah hak kita ,
rekaan adalah sementara .

- mahaguru Meor Abdul Rahman -

Puisi Melayu oleh Usman Awang


Melayu | Puisi Sajak | Usman Awang

















Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan,
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Amanat Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman


Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.

Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.

Sajak / Lagu Gayong


 Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.
Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.
Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.
Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.
Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.
Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru;
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.
Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.

Pantun Rahsia Gayong

Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.

Seruan Khas Dato' Mahaguru kepada Muda Mudi Malaysia

Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.

Wednesday, October 2, 2013

ombak berkalang sama

hari ini,,
aku menyusun hidup,
hari ini,
aku menyusun kata,
hari ini,
aku menyusun kasut.

tetapi,
ia tetap hilang,
tetapi,
ia tetap pergi,
tetapi,
ia tetap tidak mahu ada.

garangnya suara yang menindas,
misi masih berpacuan,
peliknya mereka bercengkerama,
aneh lagi reaksi yang terserlah,
seperti rapi,
pantai umpama api,
darah umpama laut,
kejam umpama harta,
keji umpama agama.

dia yang bengis,
mirip harimau,
yang misteri,
kadang-kadang ada,
kadang-kadang pergi,
mencari diri.

aku terlena,
bersama bayu malam,
yang pekat,
tak pernah susut,
deritanya.


Monday, September 23, 2013

awan dipukul angin

demi hijrah ,
demi fitrah ,
demi sunnah ,
bukan bertelagah .

Monday, September 9, 2013

DINAMIKA - institusi keluarga dan komuniti

kita bertemu kerana ilmu,
daripada warisan kepada wawasan.

berpagi-pagi,
embun pada dinihari,
seorang anak bermenung lagi,
menguis pasir berderai,
kicauan burung,
tidak lagi mengganggu mimpi,
dengan berat dia pergi,
mengatasi kerenah Sulawesi,
yang berdendam bagai besi.

ketika perlu,
dia menggigit jari,
seakan terleka mencari,
erti diri ketika sendiri,
sekali menyentuh sepi,
masih mampu senyum sampai ke pipi,
sesekali,
menganyam ketawa yang menggeli di hati,
di tepi gigi bergusi,
yang tersusun rapi diberi,
sehinggalah terlena di hayun kerusi.

suatu hari nanti,
akan terpeliharalah,
jiwa-jiwa yang terencana,
pada pohon bunga yang berduri,
lalu pandangan tercincang,
pendengaran jadi bercabang,
kerana masih sedar,
perlu gagah memberi.

jauh di sudut dunia sana,
bergelimpangan tubuh berdarah,
pada tanah yang suci,
Dia beri.

hati sayu mengenang dirimu.

Wednesday, September 4, 2013

-- yang aku kira --

andainya aku kaya,
dan punya segala,
mungkinkah aku,
masih akan ada keluarga?

andainya aku kaya,
dan punya segala,
mungkinkah aku,
masih akan ada agama?

andainya aku kaya,
dan punya segala,
mungkinkah aku,
masih akan ada gembira?

apalah yang ada pada kaya,
melainkan harta dunia semata.

tapi mereka telah kaya.

Wednesday, August 28, 2013

< dari mana hendak ke mana >

MELAYUku.

ISLAM,
by choice or by chance?
or nevermind at all?

'meraikan lebaran,
dihari kemenangan',
begitulah Syawal,
yang akan berlalu pergi.

latest headlines and ahead - Syawal 1434H

memuji kebesaran Ilahi.
dan...
sejenak ku terpanggil untuk mengenangMu,
sekilas kuterpandang kaca yang Dikau taburkan,
di bumi para rasulMu,
yang penuh kerasulanMu.

Ya Rabb,
melalui keizinanMu,
kamilah hambaMu yang tercedera,
lalu,
syahid dijalanMu.

Ya Tuhan,
Yang Maha Berkuasa terhadap kami,
hambaMu yang tidak punya apa sesuatu pun,
melainkan kelemahan dan kehinaan,
sehingga kami masih diperangi,
di bumiMu yang tua.

dengan ibadah dan ikhtiar,
yang tidak mau kami ingkari,
Kau izinkanlah kemenangan,
untuk pejuang-pejuang IslamMu.

Ya Allahu Ya Kareem,
Ya Rahman Ya Rahim,
perkukuhkanlah barisan pertahanan kami,
usah sesekali Dikau ambil kembali,
cebisan iman,
yang kalau-kalau ada di taman hati-hati kami.

wahai Tuhan,
penguasa seluruh alam,
perkenankanlah segenap permintaan kami,
agar dapat kami sentiasa bersatu,
dan terus merancang sesuatu,
demi agamaMu,
yang penuh kesucian syurgawi,
pimpinan juga perlindunganMu,
pencetus kewibawaan kami yang Muslim,
usahlah Dikau duga kekuatan kami,
melainkan,  
Kau permudahkanlah,
amiin.

Monday, August 19, 2013

beza yang dicari

berbicara bahasa Tuhan,
satu fasa yang kupupuk rapi,
aku dan duniaku,
menganyam mawar di ilmi,
di perkarangan ruang,
di persada yang terbentang luas,
kita menyingkap harapan dunia,
kerana batas yang terencana mulia,
mendendami segenap pelusuk cita-cita,

kawan,
dikau merantau demi perutusan bangsa,
yang menyintai karya agung,
lalu melaksanakan detik tragis itu.

Friday, August 16, 2013

SEPI YANG BERKATA-KATA ---> 'kita'

ku tuliskan perasaan ini ,
dan akan ku cuba ,
untuk meraikan setiap kekeliruan ,
atau gementar perasaan ,
yang pernah berlaku ,
antara kita .

biar kau tahu segalanya ,
kerana aku masih perlukanmu ,
untuk itu .

walaupun kini ,
ia takkan bermakna apa - apa untuk kita ,
jarak pernah memisahkan kita ,
yang dekat .

dalam pada itu ,
semuanya terjadi seadanya ,
setiap waktu bila saja kita bersama ,
sentiasa membahagiakan .

kerana itu ,
jauh di sudut hati ini ,
kau masih di sini .

tanpa kita sedari ,
benarkah kita tidak pernah merasakannya ?
atau kita hanya membiarkan saja rasa itu pergi ,
sehingga kita tak mungkin kembali kepadanya .

sungguh aku rindu padamu ,
dan terima kasih atas segala kenangan ,
yang belum dapat kulupa ,
nyatalah kita bukan seperti yang dulu lagi .

duhai kasih ,
lama hanyalah hitungan masa ,
sekali lagi ,
ku pohonkan ampun dan maaf ,
daripadamu atas kehadiran memorandum ,
yang tidak diundang ini .

GELORA BELUM REDA

ijab sudah ,
qabul pun sudah ,
kenapa asyik teringatkan dia ?
kenapa rasa macam kami pernah bercinta ?

anak - anak adalah amanah ,
untuk dididik dengan ilmu apapun ,
amal maaruf nahi mungkar ,
dengan cara mengikut ragam tertentu ,
sambil berdakwah ,
kita berjihad ,
sambil berkorban ,
kita berjasa .

masjid tersergam gah ,
ahli kariah tersenarai ,
bersama borang dan butir diri ,
mungkinkah akan terpelihara akidah ,
daripada penghafaz Al-Quran ,
moga terbela masa hadapan ,
negara yang dijunjung ,
dalam amalan yang tidak berhenti .

Tuesday, August 13, 2013

Kelebihan Seorang Surirumah

Isteriku dulu 
Seorang eksekutif di opis 
Gaji dua tiga ribu agaknya 
Paginya mengejut 3 anak yg masih lena
Lena ku terganggu juga
Anak di angkut ke rumah orang untuk di jaga
Bergegas ke opis nun di kota
Hebat bergaya penuh ceria
Tapi pada siapa ya
Pada anakkah pada suamikah ?
7 pagi menerjah alam
7 malam sampai pulang
Rumah tempat hinggap menghilang penat
Nasi bungkus siang malam
Hujung bulan duit lesap juga
Anak siapa jaga ?
Aku pening kepala
Tiada ketenangan jiwa
Aku keluh kesah entah mengapa

Kini isteriku
Surirumah sepenuh masa
Rumah ku ceria penuh bahagia
Anakku di jaga di depan mata
Budi di didik akhlak di bina
Agar besarnya nanti insan berguna
Sarapan disiap untuk suami tercinta
Dinner terhidang menunggu pulang
Taman indah sekeliling rumah
Anak ke sekolah di hantar di ambil
Tiada penghalang lagi
Masa terluang masjid dan usrah dikunjungi
Ilmu di dada bertambah sehari kesehari
Kasih sayang semakin jitu
Isteri tersayang semakin ayu
Rumahku kini Syurga ku
Tak sabar rasanya untuk pulang
Bersama isteri surirumahku
Berjemaah dan Mengaji bersama
Sebelum beradu di puncak kasih
Dialah Surirumah Idaman Hatiku !!

* Keluarga harmoni anak-anak cemerlang
* Sentiasa merasa cukup dan bersyukur

insyaAllah..yakin atas rezeki Allah...


Luahan rumahtangga dari FB

lagu melayu KU

malin kundang ,
air mata duyung ,
dan ,
gunung setanggi .

Monday, August 12, 2013

peperangan sesat yang sengit !

sekalipun hasrat bersalut dusta ,
berduka bak hang nestapa ,
gigih menyapa paduka arjuna ,
bayu berbisik tak menyalakan bara ,
beliau pergi kerana rela ,
mengharap siri baru menghalakan tujuan berkewajipan ,
dasar yang mirip kepada wajah - wajah bangsa bersatu ,
kerana itulah masih banyak yang harus dipertimbangkan ,
agar tercetus satu revolusi kencang ,
tetapi semakin berpenghujung ,
bermohonlah .

Monday, July 29, 2013

hidayah

malam apresiasi seni kembali lagi ,
mencari pencipta yang tulus ,
mencintai cinta .

teringin bertemu kekasih dihati ,
namun apakah diri yang kubawa ini .

ANAK

Kau yang ku sayang,
Dari dulu, kini dan selama-lamanya,
Sebelum kenal dirimu,
Sebelum jumpa dirimu,
Kau sering datang dalam mimpiku.
Kata hatiku,
Selalu membisik kau adalah milikku,
Biar lama pun ku tunggu,
Saat kedewasaanmu,
Daku tak pernah jemu menantimu.
Disaat ku sendiri,
Ku bayangkan wajahmu,
Terkadang ku berilusi,
Tentang dikau dan aku.
Ku harapkan semua ini,
Esok kan jadi kenyataan,
Dan aku berjanji,
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya.
Kuharapkan semua ini,
Akan segera terjadi,
Dan semoga nanti,
Bukan hanya sekadar impian belaka.

Dwen - Satu Penantian


Saturday, July 27, 2013

musuh tradisi

kerana apa jadi bahana ?
kerana apa jadi keterlaluan ?

kerana risik atau berbisik ?
kerana gurau atau terpukau ?

kerana tahu tapi buntu ?
kerana api tapi masih memaki ?

persoalan masih menjadi - jadi ,
belum dipersenda tapi sudah tak terperi ,
tiada daya ,
bara memperdaya ,
restu bergolak luka .

faktor dan impak belum tergendala ,
dunia yang disebelah sana masih merana ,
mencuri perhatian ,
menyusun perkataan ,
merelakan peristiwa sempadan .

secukupnya ,
biarkan saja di situ .

Friday, July 26, 2013

engkau dan aku - sama


Sayang semuanya sudah terlambat,
Tak guna engkau tangiskan lagi,
Sayang semuanya sudah terlambat,
Biarkan aku membawa diri.

Berulangkali kau ulangi kesilapanmu,
Diriku hanyalah sandaran cinta sementara.

Mengapa engkau tak setia dalam percintaan,
Terhempas aku bagaikan kaca berderai,
Selepas itu kau menyesali.

Sayang semuanya sudah terlambat,
Tak guna engkau kesalkan lagi,
Sayang semuanya sudah terlambat,
Anggaplah aku tiada lagi,
Terlanjur luka biarlah hatiku terluka,
Apa terjadi biarkanku tanggung sendiri.


- lagu SHIDEE -

Wednesday, July 24, 2013

Loving Born - Terima Kasih

Kerana kau kekasih,
Bermunajat di sepertiga malam,
Memohon wangi bunga,
Di kaki syurga,
Bagi menyerikan perasaan,
Bagi mendewasakan percintaan.

Terima kasih,
Kerana merantaiku dengan cinta,
Kerana mengajarku erti bahagia,
Menjadi manusia.


Terima kasih,
Kerana merantaiku dengan cinta,
Kerana mengajarku erti bahagia,
Menjadi manusia.
 
Kerana kau kekasih,
Bermunajat di sepertiga malam,
Memohon wangi bunga,
Di kaki syurga,
Bagi menyerikan perasaan,
Bagi mendewasakan percintaan.


dipetik dari album berjudul KEKALKAN.

Sunday, July 21, 2013

kala malam bulan mengambang

Dalam sepi ku terbayang,
Wajahmu bermain di mataku,
Lantas bercucuran airmata,
Berlinangan dipipiku.

Mengenangkan peristiwa,
Di suatu masa kita berdua,
Bermesra dan saling menyinta,
Namun perpisahan akhirnya.

Betapa sedih betapa pilu,
Melihat kau berdua di situ,
Bersama duduk di atas takhta,
Di hari persandinganmu.

Burung-burung pun turut berkicau,
Menyanyikan lagu indah,
Sanak saudara sekelian yang ada,
Semua turut gembira.

Selamat ku ucapkan padamu,
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu,
Selamat ku pinta izin pergi dahulu,
Membawa diriku ke alam baru.

Selamat wahai pengantin baru,
Semoga bahagia ke anak cucu,
Selamat tinggal oh! sayangku,
Semoga gembira selalu.

~Di Hari Persandingan Mu - Yunizar Hussein~

Wednesday, July 17, 2013

KEMENANGAN & PENCAK WAWASAN

menang bentuk ,
kalah isi ?

yang buta penghembus lesung ,
yang pekak pembakar meriam ,
yang lumpuh penghalau ayam ,
yang kurap pemikul buluh .

banyak udang ,
banyak garam ,
banyak orang ,
banyaklah ragamnya .

merajuk pada yang kasih ,
meminta pada yang ada ,
dan ,
bertanya pada yang tahu .

sesungguhnya tiada jalan yang tidak berpenghujung ,
dan tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan .

anak itu umpama sepohon yang rendang ,
lebat daun tumpang teduhannya ,
berbatang sasa teguh teras kayuannya ,
berakar serat berkhasiat bermujarobat ,
berbuah lebat manis madu aromanya ,
ibarat benih yang baik ,
sebiji jatuh ke laut menjadi pulau ,
sebiji terlontar ke udara menjadi kejora ,
sebiji jatuh ke darat menggunung suasana .

menjernihkan air di muara ,
mulakan di hulu .

masa itu ibarat mata pedang ,
jika anda gagal memotong ,
nescaya diri anda yang akan dipotong .

kalau besar yang dituntut ,
dan mulia yang dicari ,
maka ,
payah melaluinya ,
panjang jalannya ,
dan banyak rintangannya .
( Imam Al-Ghazali )

sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam ,
hendaklah bermesyuarat ,
nescaya Allah memberi taufik bagi memperelokkan urusan mereka .
( hadith riwayat al-Tabrani )

ramadhan 1434H dari kacamata MPKj ku ,
awalnya rahmat ,
pertengahannya keampunan ,
penutupnya bebas daripada neraka .

melayu tak kisah bangsa ,
mari bersyahadah dalam silat .

hasil kumpulan kata ,
yang dikutip ,
dan ,
digarap daripada merata - rata .

terima kasih Tuhan .



Friday, July 5, 2013

PEREMPUAN : dan cemburu seorang wanita

Dia yang menjadikan aku , 
seorang wanita dan ibu ,
ala - ala ,
menteri tugas - tugas khas , 
di jabatannya yang tersendiri , 
lalu ,
aku bahagia keranaNya .

Tuesday, July 2, 2013

AKU ANAK MELAYU YANG ISLAM

pelbagai macam sunnah ,
tapi belum lekat dihati .

pelbagai macam unsur ,
tapi telah lama jadi rutin .

pelbagai macam acara ,
tapi tak semua mahu mengikut.

pelbagai macam kemahuan ,
tapi idea dan gelagat dipersenda .

pelbagai macam citarasa ,
tapi semua bukan sama .

pelbagai macam pekerti ,
tapi asasnya belum seerti .

pelbagai macam persamaan ,
tapi masih menjerit meminta - minta .

pelbagai macam kelompok ,
tapi masih banyak yang asing .

Monday, June 17, 2013

REJAB , SYAABAN , RAMADHAN

mahu tapi malu ,
jadi menipu ?

kalau bersungguh ,
biar sampai berpeluh ,
tidak payah menunggu teduh ,
kerana akibat sentiasa membunuh ,
bersimpuh .

menyimpan suasa ,
menikam jelmaan ,
menadah suasana ,
dalam dambaan .

sekali datang ,
tetap akan pergi ,
lalu datang kembali ,
dengan harapan yang sebidang .

Monday, June 10, 2013

UMMAH ---> modal insan

Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menongkat dagu ,
Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca ,
Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah ,
Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah ,
Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir ,
Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta ,
Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas ,
Umat Islam mesti merenung bukan termenung ,
Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti ,
Umat Islam mesti berhati - hati bukan membuta tuli ,
Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti ,
Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki,
Umat Islam mesti berpolitik  bukan main - main politik ,
Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan ,
Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat ,
Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran , Hadith , Qias , Ijtima' dan Ijtihad ,
kelak kita terselamat dunia dan akhirat .

dipetik daripada : MUTIARA RENUNGAN UMMAH
                                 WJSB Resources

Sunday, June 9, 2013

cerita masing - masing : FROM DAWN TILL DUSK

berikan makna apa saja ,
segala soal ,
untuk setiap jawapan ,
asal sahaja setiapnya ,
terkandung keperibadian ,
yang seperti baginda ,
selagi ada ruang untuk berbahagia ,
marilah dan relalah ,
pada suatu ketaatan ,
yang akan membahagiakan .



Saturday, May 25, 2013

karangan tegar

berbicara ,
berdebat ,
berlegar ,
berlari ,
berdendang ,
berusaha .

berterusan ,
berterima kasih .

kerana karang ,
batu terbelah ,
kerana malang ,
hati terbelah ?

bimbang melata ,
tapi tak mengapa ,
tanah pusaka ,
tetap warisan negara ,
kerana moden belaka ,
esok lusa jangan sampai tak terkata ,
kerana enaknya kecewa ,
tidak  berharga .

setiap hari jangan kalah ,
tanpa lelah ,
berubahlah ,
beralihlah ,
tapi jangan sampai membawa padah .

yang lama bertelagah ,
mengapa masih belum gagah ?

Wednesday, May 8, 2013

now and hereafter

hari ini ,
jiwa terdidik .

hari ini ,
roh dan jasad kelihatan jujur ,
manis dan segar .

hari ini ,
siang masih tenang .

hari ini ,
malam akan jadi kelam ,
kerana fitrah .

pergerakan alam terasa sepi tanpa ummah ,
yang bersatu .

siapa kita untuk menilai bangsa ,
sedang kita ini milik Allah subhanahuwa taala .

Saturday, May 4, 2013

izinkan

izinkan ,
sang saka bangsa ,
dan ,
jalur gemilang ,
terus berkibar di angkasaraya .

sama-sama kita pertahankan ,
kedaulatan ,
MALAYSIA kita .

tangan yang memangkah!

yang menurut perintah ,
perkara yang diturutkan ,
takkan jadi isu yang dituntut ,
berturut - turut di langgar penuntut ,
kerana terlupa tentang harapan yang karut .

apa aku mengarut ?
akulah tukang karut .

jangan sampai terlupa ,
pada kekarutan yang dikalutkan ,
akhirnya ,
darul itu yang kau kedekutkan .

selamat memangkah !

Tuesday, April 23, 2013

HADITH 40

bukan mudah membina kehidupan yang sempurna :

aku rindu lagi ,
memang merbahaya ,
tetapi ,
berjuanglah demi kedewasaan yang ranum ,
biar sentiasa di landasan sebenar ,
jangan sampai berpinar menyambut petang ,
disebalik sebuah harapan ,
ada satu mimpi menjampi ,
lalui dan hadapilah ,
usah terbuai dan tenggelam bersama arus kelenaan itu ,
bergurulah dalam kemukjizatan Al-Quran .

Wednesday, April 17, 2013

Si Tenggang's Homecoming (Muhammad Haji Salleh)

the physical journey that I traverse,
is the journey of the soul,
transport of the self from a fatherland,
to a country collected by sight and mind,
the knowledge the sweats from it,
is estranger's experience,
from one who had learnt to see, reflect,
and choose between,
the challenging actualities.

its true I have growled at my mother ,
and,
grandmother,
but only after having told them my predicament,
that they have never brought to consideration,
the wife that I began to love in my loneliness,
in the country that alienated me,
they enveloped in their pre-judgement,
i have not entirely returned, I know,
having been changed by time and place,
coarsed by problems,
estranged by absence.

but look,
I have brought myself home,
seasoned by faith,
broadened by land and language,
I am no longer afraid of the oceans,
of the differences between people,
no longer easily snared,
no words of ideas,

the journey was a loyal teacher,
who was never tardy,
in explaining cultures and variousness,
look I am just like you,
still malay,
sensitive to what,
I believe is good,
and more ready to understand,

than my brothers,
the contents of these boats are yours too,
because I have returned.

travel makes me,
a seeker who does not take,
what is given without sincerity,
or that which demands payment from,
beliefs.
the years at sea and in coastal state,
have thought me to choose,
to accept only those tested by comparison,
or that which matches the roads of my ancestors,
which returns me to my village,
and its completeness.


I've learnt,
the ways of the rude,
to hold actuality in a new logic,
debate with hard and loud facts.

but I too
have humanity,
respecting man and life.

I am not a new man,
not very different,
from you;
the people and cities,
of coastal ports,
thought me not to brood,
over a foreign world,
suffer difficulties,
or fear possibilities.

I am you,
freed from the village,
its soils and ways,
independent, 
because ,
I have found myself.