Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.
Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu; Janganlah pecah rahsia hulubalang, Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu; Jangan pecah mantera hulubalang, Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas; Jikalau ada senjata di tangan, Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh; Pecah Gayong perpecahan Sayang, Di satu masa kembali berteguh. |
Sajak / Lagu Gayong
Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia; Kerana wajib telah ternyata, Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia; Rahsia tersimpan di purbakala, Ilham menyusun zahir semula.
Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri; Agama yang mulia junjunglah tinggi, Belalah bangsa, adat dan negeri.
Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru; Sama sendiri bantu membantu, Selamat sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi; Keris dihunus, dipegang, dijulang, Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti; Keris kuhunus langkah kumula, Bangsa Melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna; Kembali Gayong kebudayaan asli, Di Tanah Melayu hulubalang tua. |
Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga; Niat derhaka kepada rajaku, Taming menyerah keris pusaka.
Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa; Hidup kembali kebudayaan bangsaku, Tidak Melayu hilang di dunia.
Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa; Kalau diguna akal bicara, Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi; Umat Melayu menjunjung tinggi, Akhir hayat tidak dilupai.
Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri; Pemuda-pemudi harus pelajari, Agar Gayong kekal abadi.
Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru; Taat setia untuk mengaku, Supaya menjadi lambang Melayu.
Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara; Supaya digiat taat setia, Amanah guru harus dijaga. |
Pantun Rahsia Gayong
Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.
Seruan Khas Dato' Mahaguru kepada Muda Mudi Malaysia
Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.
No comments:
Post a Comment