memang benar jasad masih membujur ,
memang benar kelam masih menyala ,
memang benar kusut belum terurai ,
kerana bimbang ,
kerana gusar ,
dan kerana pasrah memujuk ,
angkara semalam yang jadi sejarah .
asuhan malam menampar tekad yang permai ,
lirikan siang matahari menjadi terik ,
teringat , terkenang pada rindu yang entah di mana ,
tersadung , terbenam kaki yang dihayun melangkah ,
ikatan yang tersimpul , mereka sauhkan .
antara kalian , masihkah ada aku ?
memang benar : kerana merekalah nafas hidupku ,
kasih memburu ,
rasa membeku ,
izin menyatu ,
udara membisu laju .
mungkinkah rindu itu masih membiru ?
atau sentiasa memberi haru melulu ?
ya tuhan , urusan kita harus terus maju lagi mesra selalu .
memang benar ,
darah watan masih membara ,
memang benar ,
riang itu laluan terperinci ,
dan perincian yang ceria ,
memang benar ,
ia bukan untuk dipersenda .

No comments:
Post a Comment