Tuesday, January 13, 2015

Langkah pertama

Duhai cinta,
Duhai segala.

Biar semboyan membangkitkan hasrat,
Biar kilat membelah langit,
Biar kapal di tengah laut,
Namun mengalah jangan sekali.

Moga-moga guruh jadi seruan,
Bencana jadi taruhan,
Moga-moga siap setiap cita,
Mengemudi bangsa,
Mendidik jiwa.

Usah menoleh lagi,
Sama-sama kita berdoa.

Kasih,
Biarkan sementara,
Jauh di sudut hati,
Kerana di sana ada kamu,
Kamu,kamu dan kamu,
Selalu.

No comments:

Post a Comment