Dalam keadaan yang,
Dia masih di mata,
Langkah tetap disusun.
Hati hiba terkenang,
Padanya selalu,
Tapi langkah tetap harus disusun.
Rindu apakah yang sedang meniti,
Di tangkai jiwa,
Pada hati yang lagha,
Pada dosa yang belum terampun.
Kukirimkan doa mewangi,
Hadiah daripada,
Seorang perempuan,
Seperti aku.
Untukmu,
Melangkahlah dengan gagah,
Dan tabah,
Kerana hari esok perlukan,
Kamu.
No comments:
Post a Comment