Saturday, August 2, 2014

SYAWAL 1435

kali ini,
Aidilfitri kembali,
seusai subuh mengundang takbir Ilahi,
semalaman menitipkan Kekasih hati,
rindu itu belum kembali ke sisi.

kali ini,
Aidilfitri kembali,
membawa peristiwa sejati,
merentas segala aktiviti,
menyimpul setiap melodi,
menyeka airmata yang tiada erti.

kali ini,
Aidilfitri kembali menatang mimpi,
keadaan bukan untuk dikesali,
bakal dipelajari,
tetapi perlu diadili,
demi untuk diyakini.

kali ini,
Aidilfitri kembali,
menduga ilusi sepi,
mencanang kasih suci,
berderai cinta maknawi,
suami dan isteri.

kali ini,
Aidilfitri kembali,
mencari suasana yang paling abadi,
menunai hasrat melalui budi,
melaksana dengan memberi,
melata di bumi sendiri,
semoga hati termeteri,
kepada yang azali,
setiap yang dirai,
semoga diberkati.

Ramadhan semakin dirindui.

No comments:

Post a Comment