Sunday, August 3, 2014

SUAMI-ISTERI

keikhlasan,
ketulusan,
keabadian.

cinta,
kasih,
dan sayang.

ratibkan atas nama,
yang paling sukar untuk dihindari.

biarpun dia telah lama pergi,
apatah lagi takkan kembali,
setiap yang tersudut disanubari,
akan terus-terusan berada di situ.

terima kasih kerana menghadiahkan,
kenangan yang begitu,
walaupun hanya sekejap.

10 tahun yang mendewasakan aku,
mengenal erti kemanusiaan,
yang mencari erti ketamadunan.

mereka,
berjalan dan meneruskan jejak warisan,
budaya,tradisi dan personaliti,
yang berada dalam kancah,
dan arus sendiri.

No comments:

Post a Comment