senyum ketawa,
duka nestapa,
berbau curiga,
jikalau dikenang belaka,
dihati terusik juga.
rindu dendam yang tidak berpunya,
berpeluk tubuh kerana tidak berupa,
hasrat bersua terpendam cara,
betapa hina cinta berada.
rasa berkalung rindu berkasih,
resah begitu hamba lagukan,
tiada firasat menakluk makrifat.
mungkin benar jiwa telah kosong,
jangan sampai solat dan doa,
jadi sia-sia.
No comments:
Post a Comment