andai dapat kutulis nota cinta,
akan terhapuslah setiap nyawa,
yang bergetar jiwanya,
akan berderap kaki,
yang melangkah kaku.
andai dapat kutulis nota cinta,
akan terlukislah warna derita,
akan ternampaklah setiap kematian,
yang tersenyum bahagia.
andai dapat kutulis nota cinta,
akan tercatatlah huraian makna,
yang mereka mahu tahu,
akan bermaknalah setiap kata,
akan termaktublah bisikan rasa,
ala dunia.
andai dapat kutulis nota cinta,
apa pula warna yang mahu diguna?
barangkali putih sahaja.
tetapi itu bukan jawapannya,
itulah tulisanku.
No comments:
Post a Comment