Friday, April 18, 2014

NOTA

setiap yang dicanang,
apabila api kebencian mula merebak,
nyala kesabaran seperti terhakis,
membawa sia,
membawa padam.

apabila detik jadi terhenti,
maka terhapuslah setiap cinta,
yang telah marak,
segala dosa bagai tercipta,
yang hak hilang batilnya,
yang batil hilang haknya,
menyiram pada waktu,
kerana akal tidak lagi bersatu,
kerana azam tidak lagi berharap.

kalaupun hina menjadi dina,
usik menjadi pelik,
kata menjadi nista,
mungkinkah piagam menjadi rosak?
akibat lewat menanak nasi,
kerana semalam telah basi.

resolusi?
bersyukurlah.
tenang.

No comments:

Post a Comment