orang bertanya,kita menjawab,
selama berkata biar bersakti,
ada gurindam mohon lagukan,
seloka berbahasa terdengar merdunya.
selasih yang ditanam,
kadang-kadang melata merata,
kasturi tak pernah berguna,
kerana tidak pernah diruntuni.
tak mengapa mengalah,
kerana beralas berbalah,
tidak mengapa bertikam,
kerana saktinya bakal terencana.
berbahasalah barang sepatah dua,
akhirnya,
kita juga yang merasa.
No comments:
Post a Comment