telah kususun letakmu,
di sisian tenang,
ruang kukecilkan lagi,
dengan keinginan sederhana,
kulepaskan kupu-kupu semalam,
melalui jendela,
diiringi segaris cahaya pagi,
selamatlah datangmu.
atas kecintaan diri,
hidup didewasakan,
menjadi kristal padu,
memancarkan cahaya berpenjuru,
seharusnya kita berhati-hati,
memantulkan kembali,
ke hala yang satu.
telah kita siapkan rumah baru,
untuk anak-anak berteduh,
kerana kita diamanah,
mendewasakan mereka,
menjadi warga bijaksana,
menjelang tahun wawasan.
telah kita siapkan rumah baru,
di atas tiang muafakat,
dari tangan pelbagai bangsa,
negara yang tumbuh,
atas bumi toleransi.
telah kita siapkan rumah baru,
berwajah kebangsaan,
agar penghuni saling ramah,
rajin memberi dan menerima,
juadah kebangsaan,
sampai akhir zaman.
tanpa keizinanMu,
pagi tidak lagi berbau tanah,
atau tiba-tiba,
lorong kecilku,
menjadi ungu.
di sisian tenang,
ruang kukecilkan lagi,
dengan keinginan sederhana,
kulepaskan kupu-kupu semalam,
melalui jendela,
diiringi segaris cahaya pagi,
selamatlah datangmu.
atas kecintaan diri,
hidup didewasakan,
menjadi kristal padu,
memancarkan cahaya berpenjuru,
seharusnya kita berhati-hati,
memantulkan kembali,
ke hala yang satu.
telah kita siapkan rumah baru,
untuk anak-anak berteduh,
kerana kita diamanah,
mendewasakan mereka,
menjadi warga bijaksana,
menjelang tahun wawasan.
telah kita siapkan rumah baru,
di atas tiang muafakat,
dari tangan pelbagai bangsa,
negara yang tumbuh,
atas bumi toleransi.
telah kita siapkan rumah baru,
berwajah kebangsaan,
agar penghuni saling ramah,
rajin memberi dan menerima,
juadah kebangsaan,
sampai akhir zaman.
tanpa keizinanMu,
pagi tidak lagi berbau tanah,
atau tiba-tiba,
lorong kecilku,
menjadi ungu.
banyak tukang di mulut,
sedikit tukang di tangan.
ingat sebelum kena,
jimat sebelum habis.
blog berkomunikasi,
tanpa penghujung,
komunikasi statik.
-weblogku.com-
15julai2011
15julai2011
No comments:
Post a Comment