Friday, May 13, 2016

Erti Kedewasaan III

Ilmu adalah jalan menuju iman,
Menyucikan hati adalah istiqomah,
Yang paling murni dan mulia,
Melalui taubat,
Sepanjang perjalanan pulang,
KepadaNya,
Asal kita daripada syurga,
Biarlah pulang ke syurga juga.

Takhalli,tahalli dan tajalli,
Itulah laluan yang sukar,
Untuk difahami,
Tetapi,
Itulah jalan yang Dia sediakan,
Untuk kita pulang,
Sebagaimana kita datang,
Sama-sama kita cari,
Jalan itu,
Kerana hidup yang dipinjamkan ini,
Adalah untuk diuji,
Dan dikembalikan.

Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment