Tuesday, August 4, 2015

Hati Yang Rapuh

Lumrah seakan menanti waktu,
Cinta seakan pergi,
Ibadah semakin bertali,
Iman sentiasa diuji.

Hati yang rapuh,
Airmata bukan jawapan,
Hati yang kecewa,
Ucapan bukan alasan,
Hati yang pincang,
Derita bukan tujuan,
Hati yang sedih,
Pilihan bukan ditangan.

Setiap manusia mencari,
Perjalanan hidup masing-masing,
Dan masanya akan tiba,
Bila dunia akan berhenti,
Kerana pengakhirannya.

No comments:

Post a Comment