Aku ingin mendakap waktu,
Aku ingin semua tidak berlalu,
Aku ingin sandaran jadi sesuatu,
Aku mahu mantera jadi perahu,
Karam tidak kita tahu.
Aku ingin semua tidak berlalu,
Aku ingin sandaran jadi sesuatu,
Aku mahu mantera jadi perahu,
Karam tidak kita tahu.
Asal dunia daripada Sang Khaliq,
Asal garam daripada lautan,
Asal rasa daripada cinta,
Asal negara daripada penjajahkah?
Asal garam daripada lautan,
Asal rasa daripada cinta,
Asal negara daripada penjajahkah?
Dia bukan kawan,
Tapi tuan.
No comments:
Post a Comment