Friday, November 7, 2014

Demi Tugas

Assalamualaikum,
Khabar disampaikan,
Salam disambut,
Rentak disusun,
Suara disatukan.

Kalam tersimpan,
Jasad terkaku,
Lama menanti,
Tapi belum bersaksi.

Kerana janji,
Kami menunaikan rahsia,
Kerana berani terkorban,
Kami masih begini,
Melaksanakan cinta,
Dengan rapi menyusun agenda,
Semoga tercapai,
Maksud yang dimahukan.

Esok sedia menanti penuh setia,
Tanyalah hati,
Apa yang dicari,
Ia pilihan masing-masing.

No comments:

Post a Comment