Saturday, July 19, 2014

BERITA YANG TERLAKSANA

kisah tragis terjadi lagi,
menduga akal,
menguji iman,
mencakar derita,
memperkasa rasa.

mereka berkata,
kita tak peka,
barat dan timur,
dihati masih meneka,
berbahasa,bercerita,
kalau hari ini kita merdeka,
biarlah takdir menjadi punca.

jauh di sudut khan younis,
di bumi para anbia' sana,
mereka masih merana,
ada petanda,
perang tak mahu berhenti,
ada petanda,
mereka akan syahid,
dan terus syahid,
maka,
mari kita bersama,
tanpa perlu menokhtahkan doa,
berjemaah pada setiap subuh,
yang memanggil.

No comments:

Post a Comment