Monday, February 11, 2013

LAMBANG KETIDAKTENTUAN DAN KEKELIRUAN

ejekan - ejekan sumbang ,
penyelaras yang sombong ,
momokan - momokan lantang ,
etika gagal diperkisahkan ,
isyarat jadi rebutan ,
khidmat berlabuh ,
kerana riang menyebut ,
padi menguning jasa dikenang ,
tulang empat kerat jadi taruhan ,
sempat berteduh ,
kerana si urat dawai ,
besinya tulang - belulang ,
puaka masih merapik entah kemana ,
entah dimana hujung kisahnya .

semua kekuatan ,
peneguh bangsa yang mahu di bela ,
tetapi esok belum tentu ,
keringat akan mengalir deras ,
ibukah yang mengundang malapetaka ?

benarkah pengorbanan ,
lambang kemurnian yang baik ?

No comments:

Post a Comment