Sunday, January 20, 2013

sayangi kanak - kanak kerana ,
mereka adalah masa lalu ,
hormati orang tua kerana ,
mereka adalah masa hadapan kita .

dalam pada hari yang terasa sukar ,
meniti di bibir waktu ,
mencarik ikatan warna yang berselang - seli ,
mencari dan terus mencari kronologi ,
dan etika dalam usaha yang terus - terusan ,
menghibur sebagai utusan ,
sila wariskan rindu itu kerana ,
ia sebenarnya untuk siapa?

sila pastikan cintamu itu untuk siapa ,
adakah ia benar - benar gila atau derhaka ?
leburkan prinsip dan turuti kehendak zaman ,
sudah mengaku ummat Muhammad sallallahu alaihiwasallam?

terus-terusanlah mencari redha Allah subhanahuwa taala ,
hidup kerana ibadah dan muhasabah .

No comments:

Post a Comment