mencaci hasrat menimang suara ,
kerana sumbangan yang sumbang di pendam ,
bimbangkan inayah keruhkan jenderam yang di hilir ,
muara di randuk hulu yang di geringkan .
gurindam asli lah yang di bahasakan ,
bahas bersendi ,
warkah bercemeti ,
lama yang di nanti ,
lena bermimpikan inang di taman ,
tercipta onak ,
berwahyukan azan .
gemersik gamelan ,
ayu melirik kerana memetik ,
jangan sampai terpaksa memeriksa ,
padi yang dipagar .
kalau-kalau mereka bertanya ,
katakan saja perwiraKU sedang berjuang ,
mencuri peluang agar bersuluh berpaksi ,
lorongan curang yang pernah di sengketakan .
semoga hati jadi satu ,
kerana esok masih menunggu tanpa tuju .
cemerlang berbahasa , gemilang berkarya , matang berbelanja .
membina sarang menutup bayang ,
rindu yang dikarang laksana merpati terbang melayang ,
bimbangkan pasir yang dihempas ombak getir ,
di manapun berlaku jua ,
sampai detiknya musnahlah ia .
begitulah alam yang cuba kita binakan .
PERCAYA .

No comments:
Post a Comment