Wednesday, September 28, 2011


Atas nama Malaysia ,
Bandarmu terbina rapi ,
Atas nama cinta ,
Bandarmu terbangun megah ,
Bersatu dalam lanskap alam yang segar membara ,
Angin siang bertiup ,
Bayu malam menderu ,
Indah lagi tenteram ,
Putrajayaku tetap dalam rahmatNya .

Kini Putrajaya adalah tanah dan amanah ,
Milik kita bersama ,
Seusia mereka yang di situ ,
Kerana jiwa yang mekar dan merdeka selalu ,
Kerana tugas yang membadai ,
Semoga akan tetap terpikul  ,
Segala tuntutan ,
Terus berjasa dan terus berbakti .

Setiap urusan kami titipkan ,
Biar panji – panji yang dinaungi terbela jua ,
Demi perutusan anak bangsa yang di pertaruhkan ,
Sepanjang zaman yang kita wartakan .

Transformasi berjaya , rakyat sejahtera ,
Untukmu Putrajayaku ,
Masyhurlah  di persada maya raya yang nestapa. 

1 comment:

  1. sempena sayembara puisi perbadanan putrajaya oktober 2011

    ReplyDelete