Apabila hati jadi tepu,
Fikiran juga turut menanggung sesuatu,
Apabila jiwa jadi sendu,
Akal ikut tidak terpandu.
Mengapa begitu?
Apabila lama tidak menulis,
Jari terasa rindu,
Apabila lama tidak menulis,
Kenangan mula bermain di keningku.
Apabila lama tidak menulis,
Ke mana pula hendak kunyatakan,
Setiap lelah,
Setiap tangis,
Setiap tawa sengsara,
Setiap hina nista,
Setiap sinis bahagia,
Yang dunia berikan,
Saban hari,
Yang berlalu.
Kalian sebagai pemerhati,
Dia sebagai penjaga hati,
Saya pula perlu berhati-hati,
Bimbang kalau-kalau nanti,
Ada kata yang mengguris lagi,
Tapi tak mengapa,
Biar ilmu jadi saksi,
Kerana Dia lah Yang Maha Mengasihi.
Semoga suatu hari nanti,
Kita akan bertemu lagi,
Dalam redha dan rahmat Ilahi,
Agar rindu bertaut kembali,
Memberi erti yang kita sendiri,
Dapat memahami.
Kerana itu,
Saya perlu menulis.