Wednesday, December 30, 2015

Kasih Ibu

Ibu mana yang tidak kasihkan anak?
Ibu tidak pernah lupa pada detik itu,
Ibu tidak pernah pulang kerana penat,
Tapi ibu pulang kerana rindu pada kalian.

Apapun ujian antara kita,
Apapun sinopsisnya,
Sekalipun hujan menimpa muka,
Kasih ibu bukan perhiasan,
Kasih ibu bukan sandiwara.

Semoga Sang Pencipta terus merahmati,
Kita,
Dengan inayahNya,
Dengan limpahan kasih sayangNya,
Agar kita bertemu jua di JannahNya,
Yang terpaling indah.

Amiin,
Semoga mendapat perkenan daripadaNya,
Yang Maha Mengasihi.

Selamat malam,intanku sekalian.

Wednesday, December 2, 2015

Album Bangsaku! (Ke Ruang Katarsis)

Seperti mahu berlari ke hujung dunia,
Agar dapat bertemu hati sendiri,
Mengucapkan jiwa,
Mengotakan kata.

Terima kasih kerana kurniaanMu,
Ya Rabb.

Syukurlah,
Mereka bahagia.