Sunday, June 21, 2015

Aku Sudah Biasa

Setakat ini,
2 lelaki,
Roh yang suci,
1 destinasi,
Karya Ilahi,
3 dimensi,
Saling mengasihi,
Mendepani waktu berpaksi,
Sang pertiwi,
Tinggalkan mimpi,
Yang belum pasti.

Wednesday, June 17, 2015

Negeri Abadi

Dari jalanan kita bangunkan peradaban,
Dari kata kita laungkan suara,
Dari perasaan kita jalinkan kasih sayang,
Biar jauh kelibat yang garang,
Biar terusir bayang-bayang kelam.

Jangan sampai mengantuk,
Tapi tidak boleh tidur,
Jangan sampai makan,
Tapi tidak tahu kenyang.

Carilah,
Apa yang perlu,
Apa yang patut,
Kerana kegilaan yang menuntut,
Buat bekal diakhir zaman.

Wednesday, June 10, 2015

Hamzah Fansuri II

Gagasan pemikirannya,
Bagai perahu nahu,
Pelayaran spiritual,
Yang mencanang jiwa baru.

Friday, June 5, 2015

Bahagia

Hassan al-Basri berkata:

Orang yang cerdas adalah yang berfikir,
Apabila berzikir,
Dan berzikir apabila berfikir.
Maka,
Qalbu mereka bersih sehingga,
Semua ucapan yang keluar,
Daripada lidah pasti mengandungi,
Hikmah.

Jangan berhenti berzikir,
Kerana itu tujuanmu,
Jangan berhenti berfikir,
Kerana itu laluanmu.

-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-

Tanpa air,
Ikan akan mati,
Tanpa zikir,
Hati akan mati.