Tuesday, June 17, 2014

yang dimakan menjadi darah daging,
yang dirujuk menjadi pakar,
yang dihisab menjadi pahala,
dan dosa,
yang diracun belum tentu akan mati.

dari lubuk hati yang paling dalam

kerana ikhlas kita berjalan,
kerana jujur kita berlari,
kerana amanah kita menangis,
kerana benar kita bersuara,
kerana yakin kita melaungkan,
kepercayaan.

ISLAM & IMAN

mereka berkata,
ia bukan rahsia ternama,
mereka mencipta bahasa,
menyampai yang nyata,
tetapi belum menjadi hak.

mereka mengulang sejarah,
kita pengikut yang setia,
bicara itu,
bicara Tuhan,
semakin lama,
semakin dalam.

kita mencari,
sedari mula menjengah alam,
mereka berhujah memberi makna,
semoga isi hati,
semoga benak perasaan,
semoga denyut nadi,
terus menzikirkan,
kasihNya.

Saturday, June 14, 2014

kebahagiaan yang bahagia

apabila hati mula berkata-kata,
tentang cinta yang telah dilupa,
jiwa merusuh tanpa arah,
ucapan jadi samar.

apabila hati mula berkata-kata,
tentang cinta yang telah dilupa,
hilanglah pandangan,
hilanglah pedoman.

apabila hati mula berkata-kata,
tentang cinta yang telah dilupa,
datanglah bahagia,
datanglah penyeri dunia.

apabila hati mula berkata-kata,
tentang cinta yang telah dilupa,
mungkinkah akan ada cita,
mungkinkah akan ada ceritanya,
yang bukan dusta.

hati masih tertanya-tanya,
tentang apakah ia sebenarnya,
mungkinkah sebuah perjuangan,
atau bekal dendam semata.