Thursday, January 30, 2014

HATI SEDIH

membisu,
membawa rajuk yang terpendam,
membalut rasa yang tersimpan,
terbuai di daerah kehinaan,
mencari yang hilang,
mengutus kepastian zaman,
menemui saat kristal berkaca,
berkata kerana cinta,
hati sayu mengenang dirimu,
bintangku.

syahid datang lagi.

Monday, January 27, 2014

bunga lalang

dengan kalimah suci,
demi kalimah keramat,
dengan noda,
demi nakhoda,

kita berjalan mencari cinta.

Sunday, January 19, 2014

MODAL INSAN II (pusara jadi bukti)

akal yang menjaga,
yang menjana kewarasan.

ethics+code of conduct=see,say,do.

hak yang dipertikaikan,
suara yang lantang bertegas,
berkarya dan,
bertaubatlah semahunya,
semoga suatu hari nanti,
akan tercetus interpretasi,
yang kesampaian,
demi sebuah perjuangan,
yang berterusan.

ya tuhan,
jauhkanlah kami,
daripada malapetaka,
yang membinasakan,
kerana,
sesungguhnya,
kami belum bersedia,
dengan kiamatMu yang benar.



Friday, January 17, 2014

cerita lama,
yang masih terkesan di sini,
di sanubari.

cerita lama,
bukan sembarangan,
kenangan.

cerita lama,
mengusik perasaan,
gurindam di jiwa.

sekali sekala,
ia datang mengetuk,
tangkai hati.

cerita lama,
cerita biasa,
kisah anak muda,
mengenal erti hidup.

*      *     *
mari melangkah bersama,
mengulang-ulang cerita lama,
kisah nabi jadi bitara,
tidak sesekali melupakannya,
tidak sesekali meninggalkannya,
terus-terusan,
jadi penyampai.

biar jadi pewaris yang disenangi.


Sunday, January 5, 2014

Alang Samudera, Helang Pantai

Lagu ALASAN UNTUK BAHAGIA :

kekecewaan yang beralaskan rezeki,
perintah dunia taqwa,
alis umpama tawanan dusta,
kaya laksana pemerintah durjana,
langkah di susun,
usaha di bina,
semoga dapat membela,
nusa dan bangsa kita,
yang kaya lagi beradat.

tangisan hati yang berasal,
daripada hati yang menangis.
jiwa berkata biarlah bersama.

Wednesday, January 1, 2014

MR. CINDERELLAku

janganlah dikau menjadi lemas,
dalam genggaman.

bersuaralah hatimu,
tanpa rasa jemu,
dimamah racun,
yang sedang membunuhmu.

*               *                 *

tak sangka pula,
mata yang cantik,
rupa-rupanya,
hanya dapat melihat,
tapi tak dapat memandang.

saya tak perlu,
nak bersiul-siul lagi,
dalam gelap untuk tulis skrip.

biar tak dapat memandang,
asalkan jangan pekak.
siulan orang bisu ni,
nadanya berirama sumbang.

pada saya,
biar pekak asal jangan buta.
sampaikan tak nampak,
apa yang dicari.

biar tak nampak apa yang dicari,
asalkan hidup ini,
tidak sunyi dan sepi.

biar hidup ini sunyi dan sepi,
setidak-tidaknya saya nampak,
parut budak nakal,
di bahu kiri awak.
sepatutnya...
hari tu lagi saya dah tikam,
leher awak,
biar tembus sampai,
ke jantung,tahu tak!

puteri di mata puteri di jiwa,
maaf dipinta terkasar bahasa,
terhenti nafas masih bernyawa,
umpama kunci tersalah pintunya,
terjumpa pintu hilang kuncinya,
ibarat ada dalam tiada,
namun engkau di sini aku di sana.

suara di jiwa meronta-ronta,
mata yang melihat,
hati yang memandang,
menjerit, meraung, meratap,
seribu bahasa,
namun,
jendela bibir tertutup rapat,
kelu lidah,
tidak mampu berkata-kata,
terhutang budi tergadai hati,
menyusun langkah tersisir ke belakang,
terus berundur melangkah ke depan,
di sini tidak,
di sana pun tidak.

Thomas F. Magmanus pernah berkata:
dengan sedikit keberanian,
ketakutan yang ada,
akan tunduk sebagai pengecut.