Friday, November 29, 2013

:: harga seorang wanita ::

lelaki yang mendiami,
lelaki yang menakluki,
lelaki yang memiliki.

kadang-kadang,
jarang merasa sama.

kadang-kadang,
lupa berjenaka bersama.

lebih senang menimpa,
lebih suka bersuara,
tapi diam.

memang sukar,
kerana dia milik Allah,
Dialah yang lebih tahu.

wanita itu terlena,
sendiri,
tiada mengerti,
apa yang harus dikata,
melainkan,
rindu pada sang pencipta,
rindu pada Baginda,
seakan baru kenal,
apa itu sedih.

semuanya sesudah,
semuanya punah.

lelaki,
gagal memenangkan,
kelelakiannya yang berhemat.

Friday, November 22, 2013

> id,EGO,superego <

maruah,
ketaatan,
kekuatan,
pilihan masing-masing.

lalu,
pilihlah dengan kebijakan,
kita diberi fikir dan prinsip.

lalu,
carilah kebenaran,
melalui Dia.

Wednesday, November 20, 2013

kisah pondok kecil

sesekali terkenang pula,
pada rentetan semalam yang kusam,
jerih perih,
titik peluh,
bergelumang serakah,
demi sepuisi kenangan,
untuk dibanggakan.

tapi saat ini,
pondok kecil,
seakan menangis kerana,
tiada berpenghuni,
dan,
sepi selalu.

apakah rahsianya.

Syair Imam Syafie : Merantau demi Ilmu dan Kemuliaan

tiadalah duduk setempat,
bagi orang cerdik dan beradab,
itu dianggap sebagai rehat,
tinggallah tanah air dan mengembaralah.
 

berkelanalah, 
engkau akan dapat pengganti,
orang yang kamu tinggalkan,
berusahalah, 

kerana keindahan hidup itu, 
ada pada berpenat-penatan.

sungguh aku melihat,
air yang tergenang dalam diamnya, 
justeru akan tercemar,
lalu membusuk. 

jika saja air tersebut mengalir, 

tentu ia akan terasa lazat menyegarkan, 
tidak demikian, 
jika ia tidak bergerak mengalir.
 

sekawanan singa, 
andai tidak meninggalkan sarangnya, 
nescaya kebuasannya tidak terasah, 
ia pun akan mati kerana lapar.
 

anak panah, 
andai tidak melesit laju meninggalkan busurnya, 
jangan pernah bermimpi akan mengenai sasaran.
 

sang suria, 
andai terpaku sahaja di ufuk, 
nescaya ia akan dicela oleh segenap bangsa manusia.
 

dan bijih emas yang masih terkubur di batuan, 
hanyalah sebongkah batu tidak berharga, 
yang terbengkalai di tempat asalnya,
dan,

andaikata bijih itu keluar dari tempatnya, 
ia akan menjadi emas yang berharga.
 

demikian jua dengan gaharu di hutan belantara, 
hanya sebatang kayu, 
sama seperti kayu biasa lainnya, 
andai saja gaharu tersebut,
keluar dari hutan belantara, 
ia tinggi nilainya.


AKU SEPASANG KASUT

dalam pencarian yang rakus,
kita jadi alpa dan kecewa.

dalam halwa yang merasa,
kita tewas ketika menang.

berprasangka,
tapi jujur.

TAKKAN MELUPAKANMU

biarkan semuanya berlalu pergi,
begitu sahaja,
kerana setiap bahagia,
yang kau cari,
telah ada bersamamu.

lalu,
ya tuhan,
perintahkanlah segaris luka itu,
agar menjauh,
dan tinggalkan aku!
kerana,
dia tidak akan kembali lagi.

Thursday, November 7, 2013

ANGAN - ANGAN

siang entah di mana,
malam entah ke mana,
siang mencari harta,
malam mengenal pencipta,
hari-hari menempa nama,
tapi,
di dinihari meratap tanpa suara,
puisi mengalir laksana hujan,
airmata setia,
bagaikan permata dingin,
ibarat berada dalam keberadaan.

Monday, November 4, 2013

: tengkolok dan sampin,sepersalinan :

sejarah berpendirian,
semangat pergolakan kepemimpinan,
saling mengatasi dan berwaspada,
enggan berpisah,
enggan berkata apapun,
berjuang kerana mahu,
selagi termampu,
merencana dan bersuara,
tentang keberanian bangsa ulung.

publisiti pesat melata,
apabila manusia berfikir dan berusaha,
urusan yang terhad,
peluang yang mendatang,
akibat yang dipertanggungjawabkan,
nikmat yang dibawa pulang.

semoga selalu mensyukuri,
dan dirahmatiNya,
tabah merentasi cabaran,
gagah dan terus mara,
selagi diberi izin bersebab.