Monday, May 14, 2012

MELANCHOLIC OF ACCEPTANCE ADALAH KOMPLEKS YANG KOSONG

kematangan menceritakan tentang ehwal lalu , 
yang karam dan yang timbul ,
yang karut dan yang sejati , 
kebimbangan dan kasih sayang , 
percaturan dan kebaktian , 
jalan terus dan jangan belok lagi , 
moga menjadi suri yang diteladani ,
tampil penuh pesona .


kelenturan dan kewajaran , 
mendaulatkan cabaran yang skeptikal ,
asimilasi adat dan peradaban , 
budaya dan pembudayaan yang dikuasai ,
tujuan penyebaran ilmu ,
jadi pertuturan dan pembelajaran yang ditunjangi , 
membina pemahaman demi mengakui kefungsian diri .


kehidupan telah menjadi padat dengan keputusan ,
kita kian bijak menangani soal kehidupan , 
akan tetapi ...
kala aku tersedar KINI ,
globalisasi telah pun menyekat kekuatan Islam ,
untuk dijuangkan bersama - sama ,
sehingga menang ,
seperti kata Al-Quranul Karim .

Friday, May 11, 2012

sebab bertingkah

urusniaga kian bercambah ,
keperluan kian memuncak , 
kekayaan belum bertambah ,
pengertianlah yang makin merudum .


setiausaha ligat dalam galaknya ,
tuan pengerusi asyik saja bersidang ,
encik bendahari sedang masih leka menghitung dan mencongak ,
sifir kira - kira yang entah dimana manualnya ,
kemelut kota berantakan semula ,
apabila tergadai kerusi yang disepakati .


kerja yang ditanggung , 
tugas yang digalas , 
dedikasi yang dietikakan ,
mudah - mudahan akan jadi alas dikuburan nanti .

Tuesday, May 1, 2012

AGENDA SEORANG LELAKI YANG BAIK SEPERTI DIA :

... di pagi yang penuh kurnia ,
harapan di bawa meleret sampai ke petang ,
apakah kasih sayang yang ada padanya ?

Kami mencari perwira demi menghias hari yang penuh 
misteri 
dan
 mimpi ngeri.

PENAMBAHBAIKAN yang seperti ADDED VALUE :)

menyertai intipan rahsia ,
menjadi penghuni yang meraja ,
mengendali petikan yang asal , 
merusuh bila waktu menghimpit emosi yang rapuh , 
kerana epilog yang tersasar terbiar ,
adakala nusantara bergegar bergema kerana misterinya .


apabila sampai masa , 
kita akan bertemu lagi ,
lalu ilusi tidak berkabus selalu .


tetapi fikiran masih melayang terbang ,
mungkinkah penyelewengan usia ,
menjadikan manusia lebih waras ,
apalagi beretika ?
usah gusar kerana Dia tetap ada , 
dan percayalah pada cinta yang Dia rentangkan ,
sejak dulu .