Tuesday, August 18, 2020
Wednesday, June 17, 2020
Tahun 2020
Wednesday, July 3, 2019
Ternyata Kita Sama
Ternyata hati manusia suka & mahu ditatang,
Dimulia,
Atas nama adab & ilmu,
Kerana itulah harga seorang manusia,
Kadang-kadang kita hampa dengan sikap orang lain,
Begitulah hakikat kehidupan,
Yang dipinjamkanNya,
Yang sementara ini.
Thursday, June 13, 2019
Tuesday, May 28, 2019
Angin Ramadhan
Ramadhan mengirimkan zikir,
Ramadhan memesankan tahajjud,
Ramadhan membisikkan al-qadr,
Ramadhan menjanjikan bahagia.
Tarawih meminjamkan juzuk-juzuk al-Quran,
Tahlil dan tahmid mengilhamkan rasa,
Tadarrus menjalinkan ukhuwah,
Tartil menghadirkan ilmu.
Tidak lama lagi,
Ramadhan pergi,
Syawal pula akan hadir,
Meninggalkan rahmat dan hidayat,
Membawa berkat bermaghfirah.
Semoga hati tidak kembali beku,
Semoga jiwa tidak terus melulu,
Semoga budi tidak menjadi debu,
Semoga langkah tidak kelabu.
Kusyukuri semuanya.
Monday, March 11, 2019
Belajar Kenal Diri
Setiap hari merentas waktu,
Seringkali kita lupa,
Memandang diri,
Membelek pekerti,
Mengenang budi.
Setiap hari merentas waktu,
Tak sempat merasa suasana yang kelam,
Siang yang terang tak pernah diendah,
Akibat kalut membalut warna.
Agenda mengenal diri,
Kita tinggalkan di saku,
Yang disebut-sebut,
Akhirnya jadi kenangan.
Setiap hari merentas waktu,
Merenung jauh isi hati,
Bertanya dan bertanya,
Siapa kita tanpa Sang Khaliq.
Biarkan seluruh jiwa meronta,
Asal tahu Dia ada merencana kata,
Andai tiba masa dibawa pergi,
Kutinggalkan bahagia demi Dia.
Saturday, April 21, 2018
Bila-bila Saja
Bila-bila saja aku berbisik,
Dia tetap mendengar,
Bila-bila saja aku merintih,
Dia tetap mendengar,
Bila-bila saja aku memuji,
Dia tetap mendengar.
Kadang-kadang aku melulu,
Dia tetap ada,
Kadang-kadang aku terkedu,
Dia tetap ada,
Kadang-kadang aku sendu,
Dia tetap ada.
Dalam keadaan apapun,
Dia tetap ada.
Cuma aku yang selalu lupa!
Maka,
Ampunkan daku,
Rabbku.
Sunday, April 8, 2018
Menjelang Hari Mengundi
5 tahun sekali,
Hanya bagi mereka yang mengerti,
Istilah kasihkan pertiwi,
Negeri berdaulat lagi harmoni,
Sekali-sekala bergolak di sana-sini,
Akibat perselisihan yang meniti.
5 tahun sekali,
Hari mengundi datang lagi,
Mereka berkempen menyemarakkan parti,
Semangat terus membara,
Demi agama,bangsa dan tanah air.
5 tahun sekali,
Manifesto baru muncul lagi,
Masing-masing terus berikrar,
Demi memenangi undi,
Demi meneruskan perjuangan,
Masa hadapan.
5 tahun sekali,
Setiap tangan yang memangkah,
Membawa bersama amanah,
Dan warisan.
Apapun keputusannya nanti,
Jangan sampai tanah tergadai.
Kenapa Perlu Menulis?
Apabila hati jadi tepu,
Fikiran juga turut menanggung sesuatu,
Apabila jiwa jadi sendu,
Akal ikut tidak terpandu.
Mengapa begitu?
Apabila lama tidak menulis,
Jari terasa rindu,
Apabila lama tidak menulis,
Kenangan mula bermain di keningku.
Apabila lama tidak menulis,
Ke mana pula hendak kunyatakan,
Setiap lelah,
Setiap tangis,
Setiap tawa sengsara,
Setiap hina nista,
Setiap sinis bahagia,
Yang dunia berikan,
Saban hari,
Yang berlalu.
Kalian sebagai pemerhati,
Dia sebagai penjaga hati,
Saya pula perlu berhati-hati,
Bimbang kalau-kalau nanti,
Ada kata yang mengguris lagi,
Tapi tak mengapa,
Biar ilmu jadi saksi,
Kerana Dia lah Yang Maha Mengasihi.
Semoga suatu hari nanti,
Kita akan bertemu lagi,
Dalam redha dan rahmat Ilahi,
Agar rindu bertaut kembali,
Memberi erti yang kita sendiri,
Dapat memahami.
Kerana itu,
Saya perlu menulis.
Friday, August 18, 2017
Sunday, April 23, 2017
Wednesday, April 19, 2017
Selain Hujan
bak mutiara,
gugur ke bumi,
menyegarkan,
memberi harapan,
mensucikan.
Petir dan guruh,
menyusul,
itulah iringan yang menyedarkan,
itulah sanggahan yang mirip,
bentakan,
bukan lagi anganan.
Thursday, March 2, 2017
Umpama Puisi Dan Lagu
baris-baris kata yang memaknakan rasa,
terungkap setia,
tidak pernah berdusta.
Lagu,
alunan irama yang menggetar rasa,
menjentik maruah dan peribadi,
hari yang mendung,
laksana sirna berpurnama terang.
Thursday, February 9, 2017
Perjalanan Yang Dicengkam Rindu PadaMu
Benarkah tanpa malam,
Siang akan menjadi kelam?
Tiap kali rindu datang mencengkam,
Kukembalikan seluruh kudratku,
Kepada Yang Maha Mencipta.
Tiap kali rindu itu mencipta duka,
Kukembalikan seluruh ingatanku,
Kepada Yang Maha Mengetahui.
Acapkali pula,
Semangat jadi luluh,
Pilihan jadi tidak bersuluh,
Tapi waktu tetap berlari,
Lalu berkejaranlah kami,
Kerana Kau Yang Maha Berkuasa,
Mencorakkan,
Memperindahkan,
Menemani kami,
Walau ke dunia mana sekalipun.
Usah sesekali Kau memalingkan,
PerhatianMu,
Ya Rabb.
Monday, January 30, 2017
Hati Yang Kau Miliki
Terima kasih Ya Rabb,
Kerana Kau selalu meminjamkan,
Setiap kekuatan,
Dan setiap ketabahan,
Buatku,
HambaMu yang ketiadaan,
HambaMu yang tidak pernah,
Punya apa-apa.
Kerana Kau aku masih di sini.
Biarkan mereka dengan tekad mereka,
Kerana Kau Yang Maha Mengetahui,
Setiap kerinduan yang berbisik,
Setiap kerinduan yang berbuih,
Setiap kerinduan yang terbaca,
Setiap kerinduan yang terbiar.
Friday, January 27, 2017
Memahami Dan Difahami
Tapi kita perlu memahami.
Tapi kita perlu mengetahui.
Dan kita perlu mpercayai.
Dan kita tidak betah menyakiti.
Dan kita tidak gemar meresahkan.
Lagi menyenangkan.
Dan kita memahami.
Thursday, January 5, 2017
Hati Yang Terluka
Dengan darah dan airmata,
Kekalutan dunia terus bergelora,
Dengan suara dan pujangga,
Rintihan terus membara.
Bukan kuasa kita,
Bukan daya kita,
Bukan ihsan kita,
Bukan derita tidak dirasa.
Cuma belum dipelawa,
Cuma belum dipimpin,
Langkah kita,
Untuk berbakti kerana seagama.
Kalau derita itu umpama kertas,
Pasti ku usir ia,
Biar tenggelam di lautan dalam,
Kalau derita itu umpama air,
Pasti ku curahkan ia,
Ke tanah yang tandus,
Kalau derita itu umpama pasir,
Pasti ku tanamkn pepohon cemara,
Biar tenang jiwa yang mendatang.
Hati ini merintih,
Ikut sakit kerana mereka yang lara,
Hati ini rasa sedih,
Ikut sakit kerana sukar bicara,
Hati ini terasa rindu,
Mahu bersama mereka di sana.
Perjuangan kita sebenarnya sama,
Cuma kita di perbatasan yang berbeza.
Perjuangan kita sebenarnya sama,
Cuma semangat kita yang berbeza.
Maafkan aku,
Kerana gagal membantumu,
Di sana.
Maafkan aku,
Kerana kami belum mampu,
Meminjam rasa.
Friday, December 23, 2016
Bumi Yang Berdarah
Perang yang rancak,
Mencipta syahid,
Membunuh jiwa,
Menyiksa raga,
Mata yang memandang.
Langkah tidak kesampaian,
Bingit letupan tidak berbunyi,
Terhimpit derita,
Kerana kalimah,
Laailahaillallah!
Itulah perjuangan,
Hasbunallah wa nikmal wakeel!
Itulah kekuatan,
Itulah ketiadaan yang ada.
Kita di sini,
Hanyut dalam arus masing-masing,
Perjuangan kita bukan,
Seperti mereka,
Tetapi kita adalah mereka,
Kita tidak boleh lupa,
Pada kematian yang menanti,
Pada Tuhan yang dirindui,
Pada Rasul yang dicintai.
Kerana itulah tujuan kita.
Bumi yang bulat,
Pasti ada penghujungnya.
Saturday, November 19, 2016
Kau Selalu Ada
Ya Allah,
Ya Tuhan,
Sesungguhnya kami ini hambaMu,
Yang lemah,
Selemah-lemahnya.
Kami bermohon kepadaMu,
Kurniakanlah kami keselamatan,
Lindungilah kami dan anak-anak kami,
Daripada sebarang bala bencana,
Yang tidak baik,
Daripada kekejaman yang jahat,
Daripada kefakiran yang menduga,
Daripada kezaliman yang fasik,
Daripada fitnah akhir zaman,
Yang tidak tertanggung.
Berikanlah kami segaris kekuatan,
Dan keazaman untuk menghadapi,
Menempuhi,
Segalanya dengan baik,
Malah penuh tawadhuk kepadaMu.
Friday, October 28, 2016
Kita Milik Allah Subhanahuwa Taala
Ke mana pun hati dibawa,
Ke mana pun kaki melangkah,
Ke mana pun jiwa bersaksi,
Dia tetap bersama.
Sekalipun tangan tidak menadah,
Sekalipun suara tiada kedengaran,
Sekalipun pilihan tiada di jari,
Dia tetap bersama.
Andaikata,
Luluh seluruh kabut,
Andaikata,
Pincang setiap perhentian,
Tetap Dia pinjamkan nyawa ini.
Hanya aku dan Dia.
Sunday, September 18, 2016
Tragedi Musim Cinta
Kematian,
Kedatangannya dirahsiakan,
Kehadirannya pasti menyakitkan,
Keberadaannya,
Bagaikan penghujung dunia,
Untuk semua.
Kematian,
Penuh makna,
Tak pernah terduga,
Beruntunglah mereka,
Yang bersiap-siaga,
Dengan,
Amal dan bakti,
Menanti perhitungan,
Semoga lancar syahadah yang terucap.
Monday, August 1, 2016
Merenung Kipas
MEMANG KAU NYANYUK TUN
Apa lagi mau pertahan,
Memang kau Nyanyuk Tun,
Mana ada orang lebih 90 tahun,
Yang terbaring dikatil IJN,
Masih mahu mencabar PM,
Masih mau menangkap MO1,
Sedang pokemon pun kau tak dapat kejar.
Memang kau nanyuk Tun,
Mana ada orang 91 tahun mcm kau,
Nak cakap lagi pasal hal negara,
Nak ke sana ke mari, minta rakyat berfikir,
Minta kami sayangkan negara,
Minta kami fikir masa depannya,
Main golf, jaga cucu, pergi masjid, berzikir, simpan duit dalam keranda.
Kami yang sihat wal afiat,
Sudah kenyang perut, dengan kesenangan negara,
Pun berfikir waras, fikir dulu apa yg patut kami cakap,
Nyanyuk la engkau Tun,
Takkan la kami bodoh untuk cakap dan kena tangkap.
Kau memang nyanyuk Tun,
Apa la yg kami nak bising2kan,
Apa la yg kami nak cabar MO1,
Hakim besar pun kecut perut,
Gari besar pun tergari jiwanya, tertawan,
Apa la nak cakap ekonomi negara bahaya, ekonomi kami pun tak tau ke mana, baik fokus cari makan saja.
Apa la nak cakap pasal integriti, yg jaga penang pun tak mau cuti, samalah org politik mana2,
Apa la nak cakap pasal masa depan anak cucu kami, pandailah diorang hidup sendiri,
Kalau kami lawan, kami akan tenggelam, sebab semua kiri kanan kami dah pilih utk takut dan diam.
Nyanyuk kau Tun,
Nak cari kebenaran apa lagi,
Buat apa lagi nak cari bukti,
Keadilan apa lagi dicari,
Kapal Malaysia ini takkan ke mana pergi,
Layar dikembang,
Tapi sauh kita tambat tepi,
Kita korek dan curilah apa yg berbaki,
Dari dapat tulang, dedak mungkin lebih bawa erti.
Aku harap benar kau nyanyuk Tun,
Kerana jika tidak - negaraku bakal bungkam,
Rakyat yang menyimpan dendam,
Bakal patah jiwa dan nuraninya, hilang pedoman,
Bila lamunan berganti kecewa, amukan akan jadi tidak tentu hala,
Namun mungkin, sudah terlewat segala.
Jadi aku nyanyuk atau engkau Tun,
Entahlah ... Apa-apa sajalah ya ...
SEROJA
OGOS12
Biar dikata nyanyuk,
Asalkan hati tak renyuk,
Biar dikata nyanyuk,
Hati yg mulia bukan ditunjuk,
Biar dikata nyanyuk,
Asalkan niat bersih tak busuk,
Biar dikata nyanyuk,
Asalkan rakyat tidak terperusuk,
Biar dikata nyanyuk,
Asalkan yg bersalah kelak diperosok,
Biar dikata nyanyuk,
Kelak tenang bila dirujuk,
Biar dikata nyanyuk,
Hanya Allah yg tahu niat tak busuk.
Friday, July 29, 2016
Syariat Islam
Al-Quran,
Sunnah wal hadith,
Ijma',
Qiyyas,
Ijtihad,
Maslahah mursalah,
'Urf.
Demikianlah,
Jawapan untuk tiap soalan,
Tiada ragu,
Tiada syak,
Kerana ilmu agama,
Kepercayaan bersama,
Sesungguhnya,
Pengetahuan tentang Hari Kiamat,
Adalah di sisiNya.
Urusan dunia,
Jawapan diberi,
Daripada soalan bermanfaat,
Keyakinan,
Seperti siang bercahaya,
Akan menerangi kegelapan malam.
Sunday, July 24, 2016
Miri,Bandar Kuda Laut
Tuhan Kau telah memberitahuku,
Kau Maha Memberi,
Lagi Maha Berkuasa,
Ke Atas hambaMu yang paling,
Memerlukan,
Kau memberi petunjuk,
Kau memberi hidayah,
Kerana Kau yang Maha Memiliki.
Wednesday, July 6, 2016
Kasih SayangNya Yang Fitrah
1 Syawal 1437H,
Tarikh keramat,
Memberi erti,
Yang bererti,
Erti yang sangat murni,
Penuh hakiki.
1 Syawal 1437H,
Waktu tetap tidak akan berundur,
Gagah menongkah arus,
Dalam eratnya silaturrahim,
Dalam padunya perpaduan,
Dalam menzahirkan,
Erti kasih dan sayang.
1 Syawal 1437H,
Kami bercita-cita besar,
Mahu genggam azam,
Mendokong wasilah berkaramah,
Mencipta kenangan,
Melerai hasrat,
Memutihkan keadaan,
Memuji,
Bukan memuja,
Karya sang Pencipta.
1 Syawal 1437H,
Kemesraan dan ketaqwaan,
Jadi bekalan,
Kisah inayah dan hidayah,
Yang sungguh syahdu,
Ikatan itu,
Lambang kasih,
Sayang,
Dan cinta Ilahi.
Raikanlah,
Demi ibadah terindah.